Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://e-umno.tripod.com/

WAWANCARA MAHATHIR-CNN
MENCELIKKAN MATA DUNIA SEJAGAT...!
Oleh Amin Sapiro (Hidung Mahathir kena penumbuk Varjee...)
MAHATHIR cukup ‘terbakar’ kepada CNN. ‘Berasap’ betul dia kali ini – sampai ‘bejelaga’ lubang hidungnya..!! Tapi nak buat camana? Kalau ‘samseng’ seperti Mahadey ini tidak dikenakan sekali-sekala, orang bersifat biadap ‘kurang ajar’ macam dia patut juga bertemu buku dengan ruas – paling kurang sekali..! Itu sudah semestinya…! Adat dunia.

Media Barat Bukan Limpulan Utusan Yang Meloyakan

Mahathir patut sedar hendaknya sekarang. Jangan cuba nak tunjuk pandai mendabek dada sendiri melampau sangat. Bukan semua orang yang bangang-bangang di dunia ini. Taraf hang baru Jaguh Kampong aja. Di kampung sendiri bolehlah tunjuk lagak. Di kampung orang, hang bukan penghulu lagi. Orang dok anggap hang macam penyapu buruk yang dah lapok saja. Dengan perlekehan oleh Zain Varjee CNN, Mahathir nampak terlau kerdil. Dia umpama tikus kebasahan hujan di tengah hari. Dari cara Mahathir bercakap dalam temuramah itu, seolah-olah dia tak hafal skrip layaknya.

Baru  kita tau sekarang bahawa kepergian Mahathir ke Amerika ialah untuk merosakkan imej Malaysia dengan cuba berlagak “samseng” Raja Kelentong. Di DBP dia cakap lain. Sampai depan Bush dia cakap buat-buat lupa. Ini macmkah PM kita? Kelentong saja…

Depan CNN, dia fikir orang segan-silu kepadanya, mungkin. Zain Varjee bukan Zainuddin Maidin. Zain is a well-trained and seasoned international journalist, banding dengan Zainuddin Maidin, si penjilat Mahathir itu cuma bertaraf ikan bilis. Nampak kapada kita, Zain Varjee cukup bersedia nak kenakan Mahathir depan rakyat Amerika. Mahathir looks like a clown (kelihatan seperti badut sarkas) dibuatkannya. ASTRO dipancarkan ke seluruh dunia. Jadi nampaklah sama ada Mahahir bercakap bohong atau pura-pura tak tau. Makin dia cuba menganalisa pandangannya, makin itu Mahathir seperti menjerat tengkok sendiri.

Betulkah Pembangkang Malaysia ‘Militan”?

Ini soalan cepu mas. Zain Varjee sudah soal Mahathir berdasarkan keadaan semasa yang nyata. Beliau menjelaskan bahawa tangkapan ke atas beberapa pemimpin Pembangkang makin diyakini dunia sebagai helah Mahathir nak menyenyapkan (silencing) penentang beliau. Tetapi Mahathir SENGAJA melabel mereka sebagai kelompok yang nak menggulingkan kerajaannya. Mereka dituduh, kununnya akan melakukan huru-hara pemberontakan senjata. Sampai hari ini 'abok pun tarak'. Banyak main silap mata..!

Hahaha…menyinga betul Mahathir kena ‘corner’ begitu teruk sekali. Tergagap-gagap dia nak menjawab. Tapi jawapan Mahathir sama seperti orang tua kehilangan tongkat. Meraba-raba, tak ada orang yang yakin. Kualiti jawapan Mahathir sama macam taraf budak-budak Tadika tahun pertama.

Macam tak senang duduk Mahathir kena ‘seghetu’..! Berpeluh dahi raja kelentong yang sekoq tu, nuuuu..! Sampai di KLIA, first thing dia mengadu kat budak-budak Utusan Melayu. Dia kutuk CNN sebab tak bagi chance dia nak jawab soalan, kunun. Tetapi sebenarnya, jawapan Mahathir langsung tak releven. CNN jadi bosan dengan jawapan Mahathir. Zain Varjee tau Mahathir cuba nak membohong 100% macam raja kelentong! Hhihhiihihih…itu macam mana boleh jadi. Itu pentas dunia laaa…aduhai si Nyanyok..oooiii…!

Mahathir Mengigau Tak Sudah

Orang luar tahu benar, Pembangkang di Malaysia tidak termasuk kategori ‘Militan’ walau mengikut takrif Bush jr. pun. Sokongan Bush terhadap Mahathir cuma ‘igau-igauan’ liar Mahathir umpama seekor serigala tua yang sudah terluka parah. Kian hari, kekeciwaan Mahathir semakin membarah. Dia sekarang dianggap dunia sejagat sebagai seorang yang hidup dalam kehampaan, a non-performer, a non-accomplished and a non-person..!

Perhatikan ini, apa Mahathir kata:

“When we arrest people, we don't just obtain them. We arrest people because we want to know what they were doing, and we have to rehabilitate them. And these people, when they were arrested, not only confessed, they actually boasted about their plans to overthrow the government by force of arms and how they were going to”. ("Bila kita tangkap orang, kita tidak saja-saja cekup mereka. Kita tangkap kerana kita nak tahu apa yang mereka lakukan, dan kita terpaksa memulihkan mereka. Orang-orang ini, bila ditangkap, bukan saja mengaku tetapi berbangga mengenai rencana mereka dan bagaimana mereka merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan bersenjata.")

Telitilah bagaimana seorang PM berbohong kepada dunia jika digandingkan apa yang dilakukan sebenarnya. Mahathir tidak dapat berdalih bila Zain Varjee mendedahkan PEMBOHONGAN seorang PM sebuah negara Islam kepada dunia, kata Varjee;

"Many of them now say these were forced confessions, when they're in jail, that they're tortured, brutalized, forced to make a confession and then thrown back”. ("Kebanyakan mereka menyatakan bahawa ketika dalam tahahan, mereka telah dipaksa untuk membuat pengakuan, mereka didera, disiksa, dipaksa supaya mengaku dan kemudiannya dihumbankan semula (ke dalam sel tahanan) ."

Kita nampak di kaca TV, Mahathir panik, mulutnya melopong, matanya berpinar dan berkaca-kaca. Seolah-olah Mahathir akan menembak Varjee jika ada rocket launcher di depannya. Penonton keliling dunia ketawa besar seolah-olah seorang badut bergelar pemimin dunia ke-3 sedang dipersenda dipentas dunia..! Ada yang kata, Mahathir akan terjun lombong Sungai Besi dari The Golden Horse..! Itulah nasib seorang pembohong. Hahaha… (ketawa kita).

Istihar ‘Menyerang’, Konon!!

Sekembali dari Washington, Mahathir sudah nampak apa yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN terhadap Pembangkang; kini sudah “pecah tembelang”. Dia naik meradang. Terus Mahathir mengarahkan orang-orang UMNO supaya jangan bertangguh lagi; lalu mengistiharkan perang. Kununnya sudah tiba masanya bertindak untuk menyerang.

Beberapa kelompok UMNO berpendapat: Apa guna serang-menyerang. Itu cerita lama. Tak ada siapa yang akan menang. Apa yang penting sekarang ialah ‘perpaduan’. Kalau gitu, kenapa Mahathir dan Fadhil Nor buat acara tandatangan bersama lepas forum perdana? Lupakah Mahathir dia sendiri mengajak orang Melayu berpadu? Tidakkah itu bererti Mahathir HANYA pura-pura? Tak jujur, tak ikhlas..!

Ramai ahli UMNO dan PAS di Johor, Selangor, Pahang dan Kedah berpendapat: Masa serang-menyerang sesama Melayu sudah berlalu. Sudah jelas tidak menghasil perpaduan sesama Melayu. Kalau diturutkan UMNO, hasilnya adalah Rasuah dan Putar Alam. Yang kaya hanyalah Kroni-kroni Mahathir. Orang kampung melopong saja. Mereka memutuskan: Tidakkah lebih berfaedah sekirannya pada 2003 ini kita berpadu di belakang BA/PAS? Tak rugi kalau mencuba. Kita tengok pembangunan di Kelantan dan Terengganu. Hebat..! Di Kedah sudah tersekat lonjak MB nak buat sukahati. Itu baru setakat BN kehilangan 2/3 majoriti. Kalau Kedah diurustadbir oleh BA seluruhnya, tentu berubah kehidupan rakyat seluruhnya. Sebab BN tak boleh ulang lagi cerita Karpan..!

Sekaranglah masa kita orang Melayu berfikir – sama ada nak hidup atau mati. Percaya cakap pemimpin UMNO alamat kita dibungkus dimasukkan dalam guni bersama hampa padi!

Amin Sapiro
(Ahli Umno Berkerat Rotan) - 20.05.2002 (M@RHAEN)

Soal-jawab wartawan CNN, Zain Verjee dengan Raja Kelentong (bahasa Inggeris)

~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~
Click Here!