Respons: Sungutan Juruterbang TUDM
(Rujuk: HarakahDaily: Juruterbang TUDM Dedah Pelbagai Penyelewengan)
Kehaprakan berada di mana-mana. Executive. Judiciary. Legislative. Hasil dari satu Dinasti Kodi (rujuk tulisan Marhain Tua).

 
Kementerian mana tidak haprak? Pendidikan? Dalam Negeri? Pertahanan? Senaraikanlah kesemua kementerian yang ada pasti semuanya haprak! Kerana mereka berketuakan orang-orang haprak yang dipilihlantik oleh Dinasti Kodi.
 
Umno/bn tidak akan mampu membaiki keadaan kehaprakan yang telah sekian lama mendarah daging dalam tubuh mereka. Kehaprakan jentera pentadbiran kerajaan umno/bn  sudah amat teruk dan tidak boleh diperbaiki lagi. Lihatlah apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita walaupun kita sudah ada PM baru.
 
Apapun tindakan ke arah membaiki labu ini oleh PM5 tidak lebih dari usaha untuk memperkukuhkan kedudukannya untuk terus mencengkam rakyat marhaen. Sebarang usaha pertukaran kepala-kepala di jabatan adalah untuk memastikan kepala-kepala itu adalah yang dari kalangan orang-orang yang 'aku boleh percaya untuk melaksanakan segala titah perintah aku.' Tak lebih dari itu. Jauh sekali untuk merobah kebangsatan (meminjam istilah sSKT) yang telah berakar umbi. Kebangsatan itu perlu diteruskan, dipelihara, dipupuk dan dibelai demi survival umno/bn. Dengan lain perkataan kehaprakan umno/bn itu sudah tidak ada penawarnya.
 
Pada bulan yang mulia ini - Ramadhan al-Mubarak - kita telah dihidangkan dengan satu menu baru oleh War Rust bukan untuk berbuka puasa, morey atau sahur tetapi santapan minda dan hati untuk menambahkan lagi kefahaman kita tentang  bagaimana hapraknya sebuah dinasti kodi. Cuba bayangkan menteri gah mengumumkan negara kita "akan mendapat pesawat pejuang baru Su30MK atau Su30MKM" sedangan kehaprakan begitu terasa oleh TUDM? Ini belum lagi Tentera Darat dan Tentera Laut. Kalau TUDM sedang mengalami "ketenatan" tak mungkin TD dan TLDM terlepas dari kehaprakan akibat virus rasuah yang telah menular begitu lama dibiarkan? Jadi, walau bagaimana dan dengan cara apa sekalipun, dinasti kodi ini perlu dipertahankan bagi menjaga buntut masing-masing agar tidak menghabiskan waktu di sungai buluh.
 
Memberi nasihat atau pandangan kepada PM5 tak ubah seperti berusaha memberi nafas baru kepada dinasti kodi ini. Di bulan yang mulia dan penuh berkat ini janganlah kita sia-siakan amal kita untuk bersubahat dengan mereka. Biarlah akhir ramadhan nanti kita lebih istiqamah dan gheti benar dengan perjalanan dinasti kodi ini. Gheti benar dengan apa yang patut kita lakukan apabila tiba waktunya - pensil di tangan, kertas undi didepan.
 
Kita sebagai rakyat marhaen, tidak kira di mana dan status apa, kerajaan atau swasta, penganggur atau bekerja sendiri; rakyat biasa atau raja, boroh atau ketua, kerani atau KSU. privat atau panglima, perlu keluar dari cengkaman maut kehaprakan. Biarlah ramadhan kali ini dapat melahirkan satu semangat baru dalam diri kita. Semangat yang benar-benar yakin dengan "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad (SAW) adalah PesuruhNya." Tidak takut dan gerun dengan ugutan manusia tetapi takut dan gerun dengan ugutan Yang Maha Besar. Percayalah mereka yang sedang menakut-nakut dan menggerunkan kita adalah manusia seperti kita dan akan bertemu dengan Maha Pencipta. Di sana nanti akan tahulah mereka akan nasib mereka namun ketika itu semuanya sudah terlambat!
 
"Pada hari muka mereka dibalik-balikan dalam api neraka, mereka berkata: Aduhai kiranya! Kami ikut Allah dan kami iku rasulNya. Mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mengikut orang-orang mulia kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan (Engkau). Ta Tuhan kami, timpakanlah siksa kepada mereka dua kali lipat dan kutukilah mereka dengan kutukan yang besar." (Al-Ahzab: 66, 67 & 68)
 
(Mereka itu sekelian menghadap Allah, lalu berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong (yang diikutnya): Sesungguhnya kami pengikut kamu, sebab itu dapatkah kamu mempertahankan kami dari siksaan Allah, meskipun sedikit saja? Jawab mereka itu: Jika Allah menunjuki kami, tentu kami menunjuki kamu pula. (Sekarang) sama sahaja, kita keluh-kesah atau sabar, tak ada lagi bagi kita tempat melarikan diri." (Ibrahim: 21)
 
"Pada hari (Kiamat) Kami panggil tiap-tiap manusia dengan imamnya. Barangsiapa yang didatangkan kitabnya dari sebelah kanannya, maka mereka itu membaca kitabnya, sedang mereka tiada teraniaya sedikitpun. Barangsiapa yang buta (hati) di (dunia) ini, niscaya ia buta pula di akhirat dan lebih sesat jalannya." (Al-Israk: 71 & 72)
 
Mari sama-sama berjihad kembalikan kecemerlangan bangsa, agama dan negara!
 
I salute you War Rust!.

- Achussin  - 01.12.2003 - (suntingan M@RHAEN)

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!
Hantar artikel ini kpd sahabat: