Kesyahidan Momentum Kemenangan Rakyat Iraq 
- Artikel ini diterbitkan khusus untuk memperingati mereka yang telah gugur syahid di Iraq menentang Amerika Syarikat dan sekutunya

Kita tidak mungkin boleh memperkatakan tentang alam syahid atau kesyahidan seorang insan dari perspektif ilmiah semata-mata dan jauh sama sekali untuk melihat perkara ini menurut kajian saintifik. Ini adalah kerana kesyahidan merupakan perkara ‘ruh’ dan bukannya perkara yang dapat dicapai oleh akal.

Begitu juga dengan kekuatan falsafah, ilmiah dan akliah yang mana semua faktor ini tidak mungkin dapat membentuk atau melahirkan seorang insan mujahid. Lebih jauh dari itu kesemuanya langsung tidak berupaya untuk menjadi pendorong atau pendesak di dalam kehidupan kemanusiaan tidak sepertimana peranan yang dapat dimainkan oleh alam mati syahid dan kekuatan ruh syahadah.

Seseorang yang menemui syahid telah diangkat kedudukan ruhnya kepada tahap kesyahidan. Ruh dan jiwa seorang syahid sebenarnya telah bebas dari ikatan keinginan hawa nafsu yang rendah sehingga hakikat syahid itu tidak mampu dijangkau oleh golongan ilmuan, pemimpin pemerintahan, pengerak parti dan para pemikir masyarakat sekalipun.

Persoalan mati syahid dan alam syahadah ini juga tidak dapat dimengertikan oleh sesiapapun melainkan mereka yang melalui garis perjuangan yang bertujuan untuk menikmati syahid. Justeru itu, tidak ada sesiapapun yang boleh merasai hakikat ini melainkan bagi mereka yang telah membebaskan dirinya daripada tuntutan perut, syahwat dan hawa nafsu yang rendah.

Perbicaraan mengenai syahid dan alam kesyahidan juga tidak mungkin boleh diberi gambaran yang mantap selagi ianya tidak lahir dari hati nurani seorang insan yang telah dikurniakan di dalam jiwanya kefahaman yang mendalam sehingga ia tidak lagi ghairah terhadap pengaruh kebendaan semata-mata hanya untuk mencapai matlamat yang lebih mulia.

Tegasnya, persoalan kesyahidan hanya boleh dihayati, diterima dan dinikmati dengan sempurna sekiranya jiwa seorang insan itu mencapai sasaran yang tertinggi menuju kepada detik terakhir dari kehidupannya. Dengan mudah, hakikat ini hanya boleh sempurnakan dengan hakiki apabila seorang insan itu mempunyai jiwa yang sanggup menumpahkan darahnya di jalan menegakkan risalah ilahi yang agung.

Realiti yang terbentang dihadapan mata kita sekarang ialah apabila kita menumpahkan darah dalam perjuangan sebagai contohnya; bertempur di bumi Iraq menghadapi pakatan al-ahzab yang dipimpin oleh Amerika Syarikat adalah merupakan salah satu daripada jalan untuk menuju kepada kesyahidan dan kunci kepada kemenangan rakyat Iraq jika sekiranya kita meletakkan niat yang berasaskan untuk mencapai syahadah. Ini jelas memberi maksud bahawa perjuangan yang berteraskan fahaman nasionalisme, materialisme, sekularisme dan isme-isme yang lain telah gagal untuk mengemukakan satu momentum seupama syahid. Maka dengan itu, para mujahid samada di Iraq, Palestin mahupun dimana-mana perlu menyedari bahawa dalam saat genting ini mereka harus mengukuhkan niat perjuangannya agar kematian yang akan dilalui nanti bukannya merupakan satu kematian yang sia-sia sahaja.Dan mudah-mudahan kematian setiap pejuang di jalan Ilahi bakal dianugerahkan kedudukan syahid yang tidak ternilai harganya.

Abu Faqieh Aktivis PMA -  url: www.memokampus.cjb.net
email: abufaqieh@yahoo.com - 27.03.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!