DAP Mohon Maaf Dan Mengaku Membuat Tuduhan Palsu?

Kenyataan Media - Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia
25 Oktober 2003

DAP MOHON MAAF DAN MENGAKU MEMBUAT TUDUHAN PALSU?

Angkatan Muda Malaysia Parti Keadilan Rakyat terkejut dengan tindakkan DAP yang mana telah membuat kenyataan terbuka di Mahkamah Tinggi di sini bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh pihaknya terhadap bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik adalah tidak benar dan tidak berasas pada 21 Oktober yang lalu.

Dengan tindakkan DAP itu Abdul Rahim Rahim Tambi Chik selaku plaintif dalam saman yang difailkan pada 16 Ogos 1999 yang, menamakan DAP, Pengerusinya, Lim Kit Siang dan pengerusi seumur hidup parti itu, Dr. Chen Man Hin sebagai defendan telah menarik semula samannya.

Saman ini berikutan kenyataan DAP mengenai salah laku bekas ketua menteri tersebut. Abdul Rahim menuntut ganti rugi kerana mendakwa defendan-defendan memfitnah beliau melalui poster dalam satu kempen di bawah tema: "Simpati, Sokongan dan Perpaduan dengan Guan Eng.''

Abdul Rahim juga mendakwa mereka memfitnahnya melalui penerbitan sebuah buku bertajuk Lim Guan Eng in Jail, Second Edition: Malaysian Dream from Kajang Prison (Lim Guan Eng wakil rakyat dipenjarakan, edisi kedua: Impian Malaysia dari Penjara Kajang).

Tindakkan memohon maaf dengan mengakui tuduhan itu tidak berasas telah menyebabkan timbul beberapa persoalan  dan implikasi , antaranya ;
1.      Adakah DAP menipu rakyat apabila dia membangkitkan isu salah laku Abdul Rahim Tambi Chik semasa memegang jawatan Ketua Menteri Melaka ? Adakah beribu – ribu risalah yang diedarkan berkaitan isu tersebut mengandungi risalah maklumat palsu?

2.      atau DAP tidak mempu lagi  menghadapi tekanan untuk terus bercakap benar dan mempertahankan Keadilan?

Jika DAP menyakini kebenaran fakta yang dibawa mereka dan percaya dengan perjuangan Lim Guan Eng sehingga sanggup dipenjarakan maka parti itu seharusnya bersedia mempertahankan kenyataannya.

Isu tersebut merupakan isu besar, tindakan DAP ini boleh meletakkan rakyat dalam keadaan yang mengelirukan. DAP perlu tampil segera memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai isu ini!

Salam Reformasi.

“ Mempertahankan keADILan”

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA - 25.10.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!