TADIKA KEMAS LAHIRKAN ULAMA YANG UMNO MAHU
Bila Dr Mahader kata kita tak perlukan banyak ulama, maka ramai di kalangan si melayu yang dikategorikan dalam golongan melayu mangkuk tingkat terhanguk-hanguk di depan TV bersetuju dengan pendapat pemimpin parti kafir itu. Ditambah pula oleh pencuci pentas Zainuddin Maiden dengan berkata ulama yang kita mahu ialah ulama yang boleh membaca doa dan di samping itu boleh juga menyanyi. Terhanguk-hanguk lagilah si melayu mangkok tingkat sehingga terjatuh lebai yang tak pernah berbasuh hampir 3 bulan.Sewaktu hari pendaftaran PASTI awal tahun dulu ramai yang bertanya, ramai ke yang mendaftar di Tadika Kemas yang kebetulan berada 20 meter dari PASTI. Aku kata selagi ada orang bodoh, selagi itu Tadika Kemas akan mendapat sambutan daripada penduduk kampung. Aku tak berhajat nak membuat perbandingan di antara PASTI dengan Tadika Kemas kerana aku rasakan Tadika Kemas bukan saja tak perlu dibandingkan dengan PASTI malah kalau nak dibandingkan dengan pra-sekolah Tamil pun Tadika Kemas sudah ketinggalan beribu kilometer. Apa pun selagi melayu kategori mangkut tingkat wujud, selagi itulah Tadika Kemas akan wujud.
Bila pencuci pentas Zainudin Maiden mahu ulama yang boleh menyanyi maka sudah pastilah Tadika Kemas yang menjadi pelopor kepada jenis ulama sebegini. Tadika Kemas bukan sahaja mendidik pelajarnya menjadi artis seperti Siti Norhababi ehhhhhh silap Siti Norhaliza malah kini telah ditambah mata pelajaran agama bagi menghadapi PASTI. Inilah harapan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Tadika Kemas. Mereka bukan sahaja berharap anak-anak mereka boleh menyanyi dan berlakon, malah mereka juga mengharapkan agar-anak anak mereka bila besar nanti boleh membaca doa di majlis-majlis tarian atau temasya sukan antarabangsa yang ditaja oleh syarikat arak seperti yang telah dilakukan oleh Imam Masjid Negara al Malaun Ustaz Firdaus yang binnya aku dah lupa.
Sekurang-kurangnya ulama yang diharapkan oleh UMNO ialah seperti Ustaz Shamsuri Hj Ahmad. Walau ustaz Shamsuri tak boleh menyanyi tapi ustaz Shamsuri boleh berlakon. Aku sendiri terkejut bila Rosyam Noor menjadi artis terbaik tahun lepas sedangkan kalau nak ikut daripada segi lakonan, ustaz Shamsuri menepati ciri-ciri pelakon terbaik yang dicari. Bukan saja orang UMNO yang percaya dengan kata-katanya malah orang PAS pun sanggup mempertahankannya sehingga ke titisan darah yang terakhir. (Piiiiiirahhhhhhhh)
Bila UMNO nak tutup sekolah agama, orang-orang melayu kategori mangkuk tingkat tak merasa apa-apa kerana bagi mereka apa perlu lagi kepada sekolah agama yang mata pelajarannya banyak tak boleh, daripada boleh. Bukankah kerajaan dah ajar agama daripada peringkat pra-sekolah lagi. Mengapa perlu kepada sekolah agama yang silibus langsung tak menyentuh soal joget dan kesenian. Bukankah Islam itu sederhana? Bukankah di Tadika Kemas diajar membaca doa sebelum menyanyi? Inilah bakal-bakal ulama yang akan membantu memakmurkan negara bila mereka dewasa nanti. Ulama ini boleh membaca doa, tahlil, talkin, menjadi imam di samping boleh menyanyi dan berlakon.
Apapun, aku ucapkan tahniah kepada orang PAS yang hantar anak ke Tadika Kemas walau PASTI hanya di depan rumah. Mungkin mereka seperti juga melayu mangkuk tingkat yang mengharapkan anak-anak mereka menjadi ulama seperti Mid Man.
- New Rose
curt_cobain03@hotmail.com - 18.02.2003 (suntingan M@RHAEN)Bahan-bahan berkenaan PASTI daripada arkib M@RHAEN untuk rujukan:
Bahagian Pertama: Benarkah tuduhan yang mengatakan PASTI....
Bahagian Kedua: Sejarah Pusat Asuhan Tunas Islam
Bahagian Ketiga: Falsafah dan Organisasi
Bahagian Keempat: Program PASTI
Bahagian Kelima: Kurikulum PASTI
Bahagian Keenam: Kedudukan PASTI di sudut Undang-undang (Akhir)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - https://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
![]()